Ar-Rayaah: From Khorasan With Love
Ar-Rayaah: From Khorasan With Love
Mukadimah
Ramai orang sedang bercakap-cakap mengenai Khorasan. Ada yang berkata Khorasan itu Iran dan ramai yang berkata Khorasan itu di Asia Tengah atau Asia Tenggara. Paling ramai ialah orang-orang Bangladesh, Pakistan dan Afghanistan yang mengatakan tanah merekalah Khorasan. Walau apa pun, agak penting juga kita mengetahui di manakah Khorasan kerana perkataan “Khorasan” ini pernah disabdakan oleh Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w. Ada seorang pembaca blog The One yang YM bertanya aku, “Kita di akhir zaman ini, jemaah manakah yang hendak diikut?”. Tanpa banyak fikir lantas aku menjawab, “Ikutilah Panji-panji Hitam dari arah Timur-lah, seperti yang disabdakan Nabi”. Sebenarnya jika aku ini berlidah lisankan ‘Arabiya maka jawabku begini:
اتبع الرايات السود من خراسان
“Ikutilah Panji-panji Hitam dari Arah Terbitnya Mentari”
Hadith dan Tafsiran
Dari Ibn Abbas, Nabi s.a.w. bersabda: "Al-Liwa'uha Baidha' wa Ar-Rayaatuha Sawda'!"
Terjemahan: "Bendera-ku itu Putih warnanya, dan Panji-panji itu Hitam warnanya!"
Tafsirnya ada 3 macam:
Bahawa Rasulullah s.a.w. membawa Benderanya yang berwarna Putih manakala Panji-panji Perang Angkatan Tentera Islam berwarna Hitam.
Bahawa Kain Bendera Khilafat Rasulullah s.a.w. berwarna Putih manakala Tulisan Ayat padanya berwarna Hitam.
Bahawa warna Putih itu tandanya Negara Islam Berdaulah manakala warna Hitam itu tandanya Menang (Raya).
[Bendera dalam Bahasa Melayu: Tanda Pemerintahan]
[Panji dalam Bahasa Melayu: kain rentang berbucu 3 atau 4 yang diikat pada tiang pasak dan dibawa pergi ke medan perang]
[Ra’ayat dalam Bahasa Melayu: Penduduk yang Menang pada sesebuah negara yang Berdaulat]
Dilaporkan oleh Abu Said Al Khudri bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang lelaki dari kaum-ku akan muncul berkata-kata dengan Sunnah-ku dan ALLAH Azza-wa-Jala akan mengirimkan pancuran hujan dari Langit supaya Bumi akan mengeluarkan khazanahnya. Melalui lelaki itu, Bumi akan dipenuhi Kesamarataan dan Keadilan seperti mana juga ia telah dipenuhi oleh Penindasan dan Ketidakadilan. Dia akan memerintah kerajaannya selama Tujuh Tahun dan pergi ke ‘Eila (Bayt-al-Maqdis)." (Abu Dawud, Al Hakim, At-Tirmidhi, Ahmad, Ibn Hibban, Muslim, Al Tabarani, Al Barudi dan Abu Nuaym)
Tafsirnya ada 3 macam:
Bahawa akan tiba masanya muncul seorang lelaki dari keturunan Rasulullah s.a.w yang berperangai sepertinya lalu ALLAH Pemilik Keagungan dan Kehormatan akan mengutus hujan dari langit...
Bahawa akan tiba masanya muncul seorang lelaki dari Umat Islam yang menegakkan Sunnah Nabi lalu ALLAH Pemilik Keagungan dan Kehormatan akan mengutus rezeki dari langit...
Bahawa akan tiba masanya muncul seorang lagi lelaki yang diutus ALLAH untuk menyampaikan pesanan sepertinya lalu ALLAH Pemilik Keagungan dan Kehormatan akan memberi rahmat dari langit...
..dan Bumi pun mengeluarkan segala Isinya.
..dan Bumi pun mengeluarkan segala Kekayaannya.
..dan Bumi pun tidak menyimpan lagi apa yang Di-simpan.
Lelaki itu mentadbir segala Khazanah Bumi...
Lelaki itu memimpin Seluruh Manusia...
Lelaki itu berperang melawan Kepalsuan (kebathilan)...
sehinggalah yang hak kembali kepada yang hak...
sehinggalah yang benar menenggelamkan segala yang palsu...
sehinggalah seluruh manusia menjadi aman...
..seperti mana dahulu sebelumnya yang tiada hak menindas yang hak.
..seperti mana dahulu sebelumnya yang palsu menindas kebenaran.
..seperti mana dahulu sebelumnya manusia berkuasa merompak manusia yang lemah.
Tempoh Kekhilafatannya ialah selama 7 Tahun sebelum beliau wafat di ‘Eila.
Tempoh Kekhilafatannya ialah selama 7 Tahun sebelum beliau menawan semula Bayt-al-Maqdis.
Tempoh Kekhilafatannya ialah selama 7 Tahun sebelum beliau menyerahkannya kepada Nabi ‘Isaa a.s , Ahli Rumah yang Muqaddas, The Bloodline of Prophets.
Dari Abu Hurayrah: ‘Nabi s.a.w. bersabda: "Panji-panji Hitam akan datang dari Khorasan. Tiada suatu kekuasaan pun yang berupaya menyekat mereka dan akhirnya mereka akan tiba di ‘Eila (Bayt-al-Maqdis) di mana Panji-panji mereka akan ditegakkan." (Al Tirmidhi)
Tafsirnya ada 3 macam:
Bahawa lelaki itu memimpin Panji-panji Hitam (Ar-Rayaah) yang akan muncul dari arah Khorasan.
Bahawa lelaki itu berada bersama Panji-panji Hitam (Ar-Rayaah) yang akan muncul dari arah Terbitnya Mentari.
Bahawa lelaki itu membawa Al-Liwa’ (Tanda Kekhilafatan Islam) dan di kelilingi oleh Ar-Rayaah (Angkatan Perang Islam) yang muncul dari Timur.
Ar-Rayaah tidak pernah dikalahkan sehingga mereka mempasakkannya di ‘Eila (Bayt-al-Maqdis).
Ar-Rayaah berperang selama Tujuh Tahun sehingga mereka mempasakkannya di ‘Eila (Bayt-al-Maqdis).
Al-Liwa’ (Bendera Putih Tanda Kekhilafatan Islam) dan Ar-Rayaah (Panji-panji Angkatan Perang Islam) akhirnya dipasakkan di ‘Eila (Bayt-al-Maqdis).
Buraidah berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan ada banyak tentera-tentera selepas-ku. Kalian mesti sertai tentera yang muncul dari Khorasan." (Ibn Adi)
Tafsirnya ada 3 macam:
Tentera-tentera yang muncul selepas kewafatan Nabi s.a.w. semuanya tidak wajib disertai melainkan tentera yang muncul dari Khorasan.
Umat Islam wajib menyertai angkatan tentera Panji-panji Hitam yang muncul dari arah Terbitnya Mentari.
Angkatan Tentera dari Khorasan atau dari arah Terbitnya Mentari atau dari Timur dikenali melalui kibaran Panji-panji Hitam (Ar-Rayaah).
Dari riwayat simpanan milik Thawban, Nabi s.a.w. bersabda: "Dihadapan perbendaharaan harta kalian, Tiga Orang akan berbunuhan sesama sendiri – kesemuanya adalah putra-putra Khalifah-khalifah yang berbeza-beza, tetapi tidak seorang pun akan dapat mewarisinya. Kemudian Panji-panji Hitam akan muncul dari Khorasan dan mereka akan membunuh kalian dengan dengan cara yang belum pernah lagi dibuat oleh sesuatu kaum pun."
Tafsirnya ada 3 macam:
Selepas kewafatan Nabi s.a.w., akan berlaku perebutan harta kekayaan Umat Islam.
Selepas kewafatan Nabi s.a.w., akan berlaku perebutan kuasa pemerintahan Daulah Islam.
Selepas kewafatan Nabi s.a.w., akan ada 3 orang waris lelaki dari keturunan 3 khalifah Islam.
Ketiga-tiga puak berbunuhan sesama sendiri dalam Perang 3 Penjuru akibat ketamakan duniawi.
Ketiga-tiga puak menuntut hak kekuasaan yang didakwa milik warisan masing-masing namun bukanlah hak mereka, tetapi hak milik seluruh orang Islam dan tiada seorang pun yang berjaya mewarisinya.
Ketiga-tiga puak menjadi kafir kerana berbunuhan sesama Islam.
(Sayidina Abu Bakar berkata: “Orang yang membunuh itu menjadi kafir dan orang yang dibunuh juga mati dalam kekafiran apabila kedua-duanya sama-sama se-agama Islam”.
Kemudian akan datang Ar-Rayaah dari Khorasan yang cuba mendamaikan tetapi mereka juga diperangi dari 3 penjuru.
Kemudian akan datanglah Al-Liwa’ untuk memberikan keadilan hukum.
Kemudian berlakulah “peperangan pelik” 4 penjuru lalu dimenangi oleh Ar-Rayaah.
Thawban, lagi berkata: 'Kemudian beliau bersabda mengenai sesuatu yang aku tidak menyimpannya di hati'...Thawban pun menyambung bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Jika kalian menemuinya, membai’ah-lah padanya dengan kesetiaan kalian, sekali pun jika kalian terpaksa merangkak di atas salju, kerna pastinya dia adalah Khalifah ALLAH, Al-Mahdi. Andai kalian melihat Panji-panji Hitam yang muncul dari arah Khorasan, maka sertailah ia sekali pun kalian terpaksa merangkak di atas salju, kerana itulah ia Tentera Khalifah Al-Mahdi dan tiada seorang pun yang boleh menyekat kemaraannya sehinggalah tentera itu sampai ke Bayt-al-Maqdis." (Ibn Majah, Al Busiri, Al Hakim, Ahmad Nuaym, Ad-Daylami, Hasan, Ibn Sufyaan, dan Abu Nuaym.)
Hadith di atas terlalu jelas dan tidak perlu ditafsirkan lagi kerana ia hanya mengandungi satu macam tafsiran yang menyimpulkan kesemua riwayat-riwayat hadith sebelumnya dan ia bersifat Tuntutan yang Wajib dilaksanakan walaupun lumpuh anggota sendi pada tempurung kepala lutut akibat darah membeku di atas salji.
‘Ali bin Abi Talib berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, ‘Seorang lelaki namanya bergelar Al-Harithi Ibn Al-Haratha akan muncul dari Ma Wara'un-Nahr ما وراء النهر (apa yang letaknya di atas segala sungai). Tenteranya akan dipimpin oleh seorang yang bernama Mansur. Dia akan membuka jalan untuk mengutuhkan kerajaan bagi keluarga Muhammad, seperti mana kaum Quraysh mengutuhkan kerajaan Utusan Allah. Setiap yang beriman akan dituntut supaya menyokong mereka.’” (Abu-Dawud.)
Hadith di atas juga mempunyai hanya satu macam tafsiran dan ia juga bersifat Tuntutan yang Wajib diikuti. Juga bersifat bidalan apabila Nabi Muhammad s.a.w. bersabda terus kepada Sayidina ‘Ali k.m.j.
Namanya bergelar Al-Harithi Ibn Al-Haratha”: gelaran/kuniyah kepada IM yang membawa maksud “Al-Harith Ini (saya ini - Muhammad) anak lelaki kepada Al-Harith Itu (awak itu – ‘Ali)”.
Ma Wara'un-Nahr ما وراء النهر (apa yang letaknya di atas segala sungai): merujuk kepada Tanah Khorasan.
Mansur: Nama sebenar bagi Komander Kanan kepada IM.
Setiap yang beriman akan dituntut supaya menyokong mereka: Suatu tuntutan.
Di Manakah Tanah Khorasan?
Khor-asan (خراسان) adalah dari pecahan perkataan Parsi Kuno iaitu Khor (“mentari”) dan Asan (“arah terbit”) yang membawa maksud “Arah Terbitnya Mentari”.
Peta menunjukkan Parsi Tua dalam warna kuning cerah dan Tanah Sindh (merangkumi kebanyakan wilayah Afghanistan dan sebahagian dari Pakistan pada hari ini) dalam warna merah jambu.
Catatan Pengembaraan oleh Ibn Batutta pada tahun 1333M memberikan gambaran Tanah Khorasan:
“Kami berkembara dari sana ke Naysabur, salah satu dari Empat Ibukota Khorasan....Kemudian dari situ kami menuju ke Parwan, di mana aku menemui Penguasa Buruntayh. Dia melayanku dengan baik dan menulis kepada perwakilannya di Ghazna, mengajak mereka menunjukkan penghormatan terhadap-ku. Kami meneruskan perjalanan hingga sampai ke penempatan Charkh [Charikar], ketika itu musim panas, dan dari sana kami sampai ke Kota Ghazna. Inilah kota bagi pahlawan yang masyhur, Sultan Mahmud ibn Sabuktagin, salah seorang pemerintah yang terhebat, yang kerap kali melanggar India lalu menawan kota-kota serta kubu-kubu kuat di sana. Makamnya terletak di dalam kota ini yang di atasnya di bina sebuah bangunan megah. Segenap kawasan kota ini kedapatan runtuhan-runtuhan yang tinggal sisa sahaja, walaupun ia pernah suatu ketika sebuah kota yang besar. Iklim di sini sejuk melampau, dan pada musim sejuk para penghuninya berhijrah ke Qandahar (Kandahar) iaitu sebuah kota raya yang besar dan mewah berjarak tiga malam perjalanan dari Ghazna, tetapi aku aku tidaklah melawat ke sana. Kami kembara pula ke Kabul, asalnya dahulu sebuah kota yang luas tetapi kini menjadi tapak perkampungan yang dihuni oleh suku dari bangsa Parsi yang dipanggil Afghans. Mereka menguasai pergunungan dan meratakannya serta memiliki kekuatan yang agak ketara, dan kebanyakan mereka adalah musafir gunung-ganang. Gunung utama mereka ialah Koh Sulayman... Dari Kabul kami ke Karmash, terdapat sebuah kubu kota milik suku Afghans... Ketika sampai ke Sindh (Singh?) aku mengikut amalan ini lalu membeli kuda-kuda, unta-unta, hamba-hamba berkulit putih dan lain-lain barang dari para peniaga. Aku telah pun membeli beberapa dari seorang peniaga Iraq di Ghazna lebih kurang 30 ekor kuda dan seekor unta yang penuh muatan anak-anak panah, tetapi yang ini adalah salah satu hadiah untuk Sultan. Peniaga ini telah pergi ke Khorasan dan sekembalinya ke India, dia menerima wang dari-ku. Setelah merentasi sebuah sungai di Sindh yang dipanggil Panj-Ab (Punjab), kami mengikut laluan yang menembusi sebuah hutan lalang mensiang, di mana buat pertama kalinya aku telah melihat Badak Sumbu. Selepas 2 hari menelusuri, kami tiba di Janani, sebuah kota yang selesa di muara Sungai Sindh. Para penduduknya ialah mereka yang dipanggil As-Samira, yang nenek-moyang mereka telah menetap di sana semasa Penaklukan Sindh sewaktu Kekhilafatan Al-Hajjaj – 712M”
Sekian Sekadar Melepas Gian Menulis Ikut Suka Hati Percaya Jangan!
No comments:
Post a Comment